| No. | Publication | Date | Headline/Byline/Length Count/Section Heading/First Paragraph | |
| 1. | BH | 12/09/2008 | Menganalisis alam roh dari sudut psikologi Oleh Dr Sapora Sipon (466 wds) (Main Section) SAYA tertarik membaca rencana bertajuk `Misteri alam roh beri pengajaran berguna’ tulisan Kadir Dikoh yang disiarkan akhbar ini, kelmarin. Saya dapati artikel itu sangat menarik dan merangsang saya untuk membaca sedikit pembacaan dan berusaha untuk menerangkan apa yang berlaku dari sudut psikologi. Cerita sebegini boleh dijadikan kajian kes dalam kelas psikologi dan kaunseling dan penerangan dilakukan melalui kaedah ilmiah seperti penerangan konsep teori terhadap cerita disampaikan. Begitu juga, ia boleh memberi pengajaran berguna iaitu segala kesenangan di dunia tidak akan dibawa bersama ke akhirat. |
|
| 2. | HM | 08/09/2008 | Senario politik goyah Oleh Dr Sapora Sipon (212 wds) (Variasi) Soalan: SAYA seorang remaja yang mempunyai sikap suka memerhati dan menilai senario politik tanah air. Walaupun masih belajar tetapi saya khuatir dengan keadaan politik negara dan keamanan yang wujud tergugat. |
|
| 3. | HM | 08/09/2008 | Pelajar hadapi masalah kurang keyakinan diri Oleh Dr Sapora Sipon (430 wds) (Variasi) Soalan: SAYA pelajar di universiti tempatan dan mempunyai masalah dalam diri. Apa yang saya tahu, setiap orang mempunyai matlamat yang ingin digapai dalam hidup. Masalahnya, saya tidak mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri. |
|
| 4. | HM | 01/09/2008 | Cemburui isteri kekasih Oleh Dr Sapora Sipon (905 wds) (Variasi) SOALAN: SAYA berusia 25 tahun dan berkenalan dengan kekasih pada awal 2005. Kekasih melayan saya dengan baik walaupun dia sudah beristeri dan mempunyai dua cahaya mata. |
|
| 5. | HM | 25/08/2008 | Suami berleter isteri tertekan Oleh Dr Sapora Sipon (289 wds) (Variasi) Soalan SAYA berusia awal 20-an, masih belajar di institusi pengajian tinggi dan baru berkahwin. Masalah saya tidak terlalu kronik cuma membabitkan sikap suami yang suka berleter jika terlewat ke universiti. |
|
| 6. | HM | 25/08/2008 | Adik sedih kakak belum dikurnia zuriat Oleh Dr Sapora Sipon (300 wds) (Variasi) Soalan SAYA remaja yang mempunyai seorang kakak yang belum dikurniakan cahaya mata walaupun sudah lama berkahwin. Kami hanya dua beradik dan sebelum kakak berkahwin, hubungan kami sangat rapat. |
|
| 7. | BH | 18/08/2008 | Pergiat kempen cintakan negara Oleh Dr Sapora Sipon (274 wds) (Main Section) PELUANG keemasan penulis dilantik sebagai juri pertandingan satu program universiti sempena menyambut kemerdekaan negara meningkatkan kesedaran penulis bahawa semangat cintakan negara bukanlah sesuatu yang bersifat statik. Semangat cintakan negara adalah satu proses berterusan dan perlu terus dipupuk terutama sekali di kalangan anak muda. Penulis juga berasakan golongan muda jika diberi ruang, peluang dan bimbingan mencukupi, boleh memanfaatkan potensi diri mereka untuk sama-sama berjuang ke arah mewujudkan sebuah negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang. |
|
| 8. | HM | 18/08/2008 | Pelajar syak ayah curang Oleh Dr Sapora Sipon (870 wds) (Variasi) SAYA mempunyai masalah keluarga dan masalah ini hanya dihadapi saya seorang saja dalam keluarga yang membabitkan ibu bapa. Saya pelajar berusia 20 tahun, anak kedua daripada lima beradik dan berasal daripada keluarga sederhana. |
|
| 9. | BH | 11/08/2008 | Ambil berat masalah rakyat jelata Oleh Sapora Sipon (172 wds) (Main Section) SEBAGAI anak jati Johor, penulis teruja apabila menonton program Siri Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2008 yang disiarkan melalui Program Majalah 3, kelmarin. Ucapan tahniah dan terima kasih kepada TV3 kerana menyiarkan program itu untuk tontonan rakyat. Semoga Majalah 3 dan juga program televisyen lain akan terus menyiarkan program yang bukan saja dapat menarik perhatian penonton, malah sarat dengan mesej positif untuk kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara. |
|
| 10. | HM | 11/08/2008 | Rasa hidup tidak bertuhan Oleh Dr Sapora Sipon (841 wds) (Variasi) SAYA masih menuntut di sekolah menengah. Masalahnya, saya mendapat bisikan syaitan supaya memikirkan mengenai zat Allah S.W.T. Masalah ini saya hadapi sejak tahun lalu tapi saya pendamkan daripada pengetahuan ibu bapa dan tidak berjumpa ustazah untuk mendapat nasihat. |
|
| 11. | HM | 11/08/2008 | Tertekan dengan peraturan sekolah Oleh Dr Sapora Sipon (179 wds) (Variasi) SAYA seorang pelajar asrama. Baru-baru ini saya mendapat guru disiplin baru. Masalahnya, dia banyak menukar peraturan sekolah guru disiplin lama. Saya amat tertekan kerana peraturan baru itu seolah-olah mengarut dan menyusahkan pelajar. Tolonglah Dr, saya sukakan sekolah tapi menyampah dengan guru disiplin dengan peraturan barunya itu. |
|
| 12. | BH | 07/08/2008 | Usah lupa budaya bangsa Melayu Oleh Dr Sapora Sipon (476 wds) (Main Section) SAYA berasa terpanggil untuk memberi reaksi kepada tulisan watawan Berita Harian, Salina Abdullah di akhbar ini bertajuk `Orang kampung sombong di London”. Seperti Salina, pengalaman penulis ke kota itu juga bukanlah sesuatu yang menggamit penulis untuk ke sana lagi berbanding pengalaman berada di Amerika Syarikat, Dublin, Indonesia dan beberapa negara lain. Penulis tertarik dengan apa yang diutarakan Salina yang mengatakan antara punca mengapa orang Melayu di London enggan pulang ialah faktor keselesaan hidup di kota itu. Dilaporkan tidak sukar mencari wang di London asalkan rajin dan pandai mencari peluang. |
|
| 13. | HM | 04/08/2008 | Tak dapat lupa suami orang Oleh Dr Sapora Sipon (920 wds) (Variasi) SAYA remaja berusia awal 20-an. Konflik saya ialah bercinta dengan suami orang yang berumur 47 tahun sebaya dengan umur ayah saya. Walaupun saya berhati-hati memilih teman tapi perkara ditakuti berlaku jua. Saya berkenalan dengan kekasih pada pertengahan 2006 dan dilayan dengan baik walaupun tahu si dia ada isteri dan lima anak. Bagi saya itu bukan halangan. |
|
| 14. | HM | 28/07/2008 | Graduan malu tulisan buruk Oleh Dr Sapora Sipon (516 wds) (Variasi) SOALAN SAYA menghadapi masalah yang dipendam sejak di bangku sekolah. Saya seorang graduan sebuah universiti tempatan yang tertekan dengan masalah diri sendiri. Masalahnya, tulisan saya terlalu hodoh dan tidak sepadan dengan status seorang graduan. |
|
| 15. | HM | 28/07/2008 | Tidak minat kursus ditawarkan Oleh Dr Sapora Sipon (323 wds) (Variasi) SOALAN SAYA baru saja mendaftar di sebuah universiti awam. Walaupun gembira kerana berjaya mendapat tempat belajar, saya tidak suka kursus diikuti. Mulanya saya seperti hendak menolak tawaran itu tapi ibu bapa memaksa menerimanya. |
|
| 16. | HM | 21/07/2008 | Gadis benci diri sendiri Oleh Dr Sapora Sipon (604 wds) (Variasi) SOALAN Saya gadis berumur 17 tahun. Saya berkulit gelap dan berbadan gempal. Sewaktu kecil, saya tidaklah risau, tetapi apabila meningkat dewasa dan sering melihat diri di cermin, saya benci melihat diri sendiri. |
|
| 17. | HM | 21/07/2008 | Terasa apabila ibu bapa mahu ambil anak angkat Oleh Dr Sapora Sipon (210 wds) (Variasi) SOALAN Umur saya 15 tahun dan akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini. Saya adalah anak tunggal dalam keluarga dan kedua-dua ibu bapa saya sangat menyayangi saya. |
|
| 18. | BH | 15/07/2008 | Akademik, sahsiah bentuk insan unggul Oleh Dr Sapora Sipon (417 wds) (Main Section) TITAH Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah bahawa ramai yang memperoleh pangkat dan jawatan, namun sedikit berjaya menghadapi ujian untuk meninggalkan nama yang harum sepanjang zaman, perlu direnungkan bersama. Untuk meninggalkan nama yang bakal dikenang sepanjang masa atas usaha mulia memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Ia bukan boleh dilalui tanpa banyak onak dan ranjau. Ketabahan dan jati diri yang kuat amat diperlukan. Tuntutan persekitaran ada kala boleh melenturkan nilai sahsiah seseorang, apatah lagi apabila kuasa sudah berada di dalam tangan. |
|
| 19. | HM | 14/07/2008 | Kesal terlanjur dengan kekasih Oleh Dr Sapora Sipon (854 wds) (Variasi) Soalan: SAYA pelajar lelaki sebuah institusi pengajian tinggi swasta dan mempunyai kekasih setahun lebih tua manakala usia hubungan kami masih baru iaitu kira-kira setahun. |
|
| 20. | HM | 07/07/2008 | Ibu bapa authoritarian Oleh Dr Sapora Sipon (496 wds) (Variasi) Soalan: SAYA berumur 22 tahun dan menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi tempatan. Saya dibesarkan keluarga yang boleh dikatakan berada. Ibu dan ayah memberi cukup keperluan tapi ada sesuatu yang masih membuatkan saya tidak puas hati dengan mereka. |
|
| 21. | HM | 07/07/2008 | Suami tak pernah beri nafkah wang Oleh Dr Sapora Sipon (402 wds) (Variasi) Soalan SAYA berkahwin sejak lima tahun lalu dan mempunyai dua anak. Masalahnya, saya kurang faham apa yang dimaksudkan nafkah berbentuk makan dan minum, tempat kediaman serta pakaian sedangkan kami sama-sama bekerja. |
|
| 22. | BH | 03/07/2008 | Guru SAR mesti diberi pembelaan Oleh Bekas Pelajar (529 wds) (Main Section) SEBAGAI seorang bekas pelajar Sekolah Agama Rakyat (SAR), saya menyokong idea Dr Sapora Sipon yang disiarkan ruangan ini, Selasa lalu mengenai usaha memartabatkan SAR dan jangan dipolitikkan hasrat kerajaan untuk membantu guru dan pelajar sekolah jenis itu. Begitu juga dengan pandangan seorang bapa, Mohd Razi Saha mengenai masalah SAR di Johor dan senario yang berlaku. Pengalaman saya sebagai pelajar di SAR Johor mungkin boleh dikongsi bersama pembaca. |
|
| 23. | BH | 01/07/2008 | Usaha martabat SAR usah dipolitik Oleh Dr Sapora Sipon (469 wds) (Main Section) USAHA Kementerian Pelajaran menjadikan Sekolah Agama Rakyat (SAR) di Kelantan kepada Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) perlu dilihat secara ikhlas dan tidak berniat politik. Dalam ketidaktentuan politik ketika ini, tidak mustahil sebarang tindakan, terutama daripada kerajaan akan dilihat sebagai mempunyai muslihat tertentu. |
|
| 24. | HM | 30/06/2008 | Rakan serumah sombong Oleh Dr Sapora Sipon (559 wds) (Variasi) Soalan SAYA ada masalah dengan rakan serumah. Umurnya lingkungan 30-an, bujang manakala saya awal 20- an dan akan berkahwin akhir tahun ini. Kami tinggal menyewa di sebuah rumah tetapi mempunyai bilik berasingan. |
|
| 25. | HM | 30/06/2008 | Remaja kesal hamil luar nikah Oleh Dr Sapora Sipon (364 wds) (Variasi) Soalan SAYA remaja berusia 16 tahun dan masih bersekolah. Saya mengalami masalah serius dan semuanya salah sendiri. |
|
| 26. | HM | 30/06/2008 | UTHM perkenal teknologi aeronautik Oleh Dr Sapora Sipon (223 wds) (Variasi) DALAM meneruskan tradisi kecemerlangannya, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Johor berkongsi kepakaran dan latihan dalam bidang penerbangan bersama 11 institusi terkemuka. Program itu sejajar persediaan UTHM memperkenalkan program terbaru dalam bidang kejuruteraan teknologi aeronautik. |
|
| 27. | HM | 23/06/2008 | Sukar lupa bekas kekasih Oleh Dr Sapora Sipon (588 wds) (Variasi) SOALAN Saya bakal bertunang penghujung tahun ini dengan kekasih hati pilihan keluarga. Dia terlalu baik untuk saya dan tahu sejarah hidup saya iaitu sudah tidak suci lagi. Namun, dia masih sudi memperisterikan saya. Masalah saya sekarang Dr, dalam masa yang sama, masih tidak dapat lupakan bekas kekasih. Saya pernah terlintas di fikiran untuk lari kepada kekasih lama. |
|
| 28. | HM | 23/06/2008 | Bersukan, puasa sunat elak keinginan onani Oleh Dr Sapora Sipon (239 wds) (Variasi) SOALAN Saya berusia 13 tahun. Masalah saya ialah saya terlalu ketagih melakukan onani. Untuk pengetahuan Dr hampir setiap hari saya akan melakukannya. Saya cuba untuk berhenti tetapi tidak boleh. |
|
| 29. | BH | 19/06/2008 | Kreativiti bantu tangani krisis ekonomi Oleh Dr Sapora Sipon (484 wds) (Main Section) CABARAN getir akibat kesan globalisasi perlu dihadapi negara dengan penuh komitmen, kreativiti dan kefahaman daripada semua pihak. Usaha ini menuntut pengorbanan dan kesungguhan mengatasinya kerana rakyat sebelum ini mengalami zon ekonomi selesa. Perubahan yang perlu dilakukan kerajaan dan rakyat seperti berjimat cermat dan mengubah gaya hidup berbelanja tentunya memerlukan beberapa penyesuaian yang jika tidak ditangani dengan bijak boleh membawa kepada tekanan hidup yang tinggi. |
|
| 30. | HM | 16/06/2008 | Marah sindiran ibu angkat Oleh Dr Sapora Sipon (260 wds) (Variasi) SOALAN SAYA mempunyai keluarga angkat, dulunya hubungan saya memang baik. |
|
| 31. | HM | 16/06/2008 | Cuba bunuh diri kerana kekasih Oleh Dr Sapora Sipon (625 wds) (Variasi) SOALAN SAYA berusia 19 tahun dan menjadi anak kesayangan keluarga. Saya pelajar universiti dan tidak pernah melawan kata-kata ibu atau bapa. |
|
| 32. | BH | 11/06/2008 | Peniaga usah tamak untung berlebihan Oleh Dr Sapora Sipon (516 wds) (Main Section) SIKAP peniaga tidak menaikkan harga barang terutama makanan sewenang-wenang amat dituntut ketika rakyat mulai merasai kesan kenaikan harga minyak dan makanan. Dalam pada itu, kerajaan juga perlu memastikan peniaga yang tidak menaikkan harga dapat meneruskan mata pencarian mereka dengan baik. Peniaga perlu berintegriti dan mengamalkan sifat bertanggungjawab dengan tidak menaikkan harga barang, terutama makanan sesuka hati kerana ia akan menjejaskan perbelanjaan harian pengguna dan menambahkan lagi bebanan tanggungan kehidupan, terutama yang berpendapatan rendah. |
|
| 33. | HM | 09/06/2008 | Isteri, kekasih hamil serentak Oleh Dr Sapora Sipon (559 wds) (Variasi) SOALAN SAYA sudah berkahwin dan bakal mempunyai anak kedua akhir tahun ini. Masalahnya, baru-baru ini saya terlanjur dengan kekasih dan dia hamil. Usia kandungannya sudah seminggu. Saya tidak sanggup memberitahu kekasih saya dalam keadaan dia mengandung sekarang ini. Apakah yang harus saya lakukan? |
|
| 34. | HM | 09/06/2008 | Rakan sebilik tidak mengerti Oleh Dr Sapora Sipon (299 wds) (Variasi) SOALAN SAYA mempunyai masalah dengan teman sebilik. Dulu, kami memang sangat rapat dan mesra. Teman sebilik saya seorang yang sangat manja dan suka dibelai seperti seorang kanak-kanak. |
|
| 35. | HM | 02/06/2008 | Ketahanan diri elak gejala sosial Oleh Dr Sapora Sipon (410 wds) (Variasi) SOALAN PELBAGAI masalah sosial berlaku di kalangan remaja kini seperti pergaulan bebas dan hedonisme. |
|
| 36. | HM | 02/06/2008 | Lelaki Melayu terpikat gadis Cina Oleh Dr Sapora Sipon (512 wds) (Variasi) SOALAN SAYA pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah di ibu kota. Alhamdulillah, hidup saya dilimpahi rezeki dan menjadi antara pelajar yang pandai. |
|
| 37. | HM | 26/05/2008 | Wanita dicintai jauhkan diri Oleh Dr Sapora Sipon (305 wds) (Variasi) SOALAN SAYA kenal dengan teman wanita saya sejak sembilan tahun lalu tetapi sejak akhir-akhir ini, dia mula menjauhkan diri. Saya sayang sangat kepadanya dan kami pernah terlanjur dan berjanji akan bertanggungjawab tetapi selepas itu, dia mula merosakkan diri sendiri. |
|
| 38. | HM | 26/05/2008 | Risau keadaan politik negara Oleh Dr Sapora Sipon (319 wds) (Variasi) SOALAN SAYA seorang remaja yang risau keadaan politik terutama sekali selepas pilihan raya baru-baru. Walaupun saya tidak banyak membaca mengenai isu-isu politik, saya sering menonton televisyen, akhbar dan risau apa yang berlaku. |
|
| 39. | HM | 26/05/2008 | Irihati kakak lebih cantik, pandai pula Oleh Dr Sapora Sipon (259 wds) (Variasi) SOALAN SAYA berusia 16 tahun dan tidaklah terlalu pandai atau bodoh. Keputusan PMR saya boleh tahan, saya mendapat 3A. |
|
| 40. | BH | 19/05/2008 | Perpaduan kaum pelihara keamanan Oleh Dr Sapora Sipon (417 wds) (Main Section) MALAYSIA adalah sebuah negara istimewa kerana rakyatnya bebas mengamalkan kepercayaan masing-masing dalam suasana aman damai. Perbezaan agama bukan penghalang untuk setiap penganut hidup bekerjasama dan rakyat Malaysia terbukti berjaya melakukannya. Selain daripada istimewa, kepelbagaian bangsa, agama dan budaya rakyat negara ini juga adalah sesuatu yang unik. Lantaran itu, keistimewaan dan keunikan ini harus dipelihara dan dikekalkan. |
|
| 41. | HM | 19/05/2008 | Hubungan terlarang Oleh Dr Sapora Sipon (347 wds) (Variasi) Soala: SAYA seorang remaja lelaki. Saya pernah melakukan hubungan seks dengan abang sendiri. |
|
| 42. | HM | 19/05/2008 | Pelajar tertekan pisah keluarga Oleh Dr Sapora Sipon (472 wds) (Variasi) Soalan: SAYA adalah pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah berasrama penuh. |
|
| 43. | HM | 19/05/2008 | Keliru antara kekasih, pelajaran Oleh Dr Sapora Sipon (391 wds) (Variasi) Soalan: SAYA remaja perempuan berusia 21 tahun dan baru terima tawaran menyambung pelajaran dalam bidang ijazah elektronik. |
|
| 44. | HM | 19/05/2008 | SBPIG pertahan kejuaraan Forum Remaja Oleh Dr Sapora Sipon (213 wds) (Variasi) SEKOLAH Berasrama Penuh Intergrasi Gopeng (SBPIG), Kinta Selatan, Perak membuktikan kehebatan apabila menjuarai Pertandingan Forum Remaja 2008 peringkat negeri di Dewan Rakan Muda, Kampar, baru-baru ini. Sekolah berkenaan mencatatkan kenangan manis apabila menewaskan sembilan sekolah lain sekali gus mempertahankan kejuaraan disandang tahun lalu. |
|
| 45. | HM | 19/05/2008 | UKM kelola kejohanan kriket Oleh Dr Sapora Sipon (184 wds) (Variasi) DALAM usaha menempatkan diri sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi terkemuka dalam akademik dan kokurikulum, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bakal menganjurkan kejohanan kriket jemputan universiti Asia bermula 18 hingga 25 Mei ini. Kejohanan bertemakan Kesukanan Aset Kecemerlangan itu adalah anjuran bersama Persatuan Kriket Melayu Malaysia dan akan berlangsung di dua lokasi iaitu Kompleks Sukan UKM, Bangi dan Bayuemas, Klang. |
|
| 46. | HM | 12/05/2008 | Ingin berubah selepas gugur kandungan Oleh Dr Sapora Sipon (282 wds) (Variasi) SOALAN SAYA seorang gadis berumur 16 tahun. Ketika berusia 14 tahun, saya berkawan dengan beberapa lelaki yang lebih tua daripada saya. Saya mudah terpengaruh dengan pujuk rayu mereka. |
|
| 47. | HM | 12/05/2008 | `Budak suruhan’ rakan baik Oleh Dr Sapora Sipon (194 wds) (Variasi) SOALAN SAYA mempunyai seorang rakan baik. Dia selalu belanja saya makan. Bagaimanapun, saya tidak suka dengan sikapnya yang mengambil kesempatan ke atas diri saya. |
|
| 48. | HM | 12/05/2008 | Bosan sikap ibu terlalu mendesak Oleh Dr Sapora Sipon (382 wds) (Variasi) SOALAN SAYA remaja perempuan berusia 15 tahun dan kini di tingkatan tiga. Saya anak kedua dalam keluarga. Pelajaran saya okay saja. Jika markah peperiksaan teruk, ibu pasti marah. |
|
| 49. | HM | 05/05/2008 | Gadis cantik mencintai suami orang Oleh Dr Sapora Sipon (767 wds) (Variasi) Soalan: SAYA bertemu kekasih melalui Internet secara tidak sengaja. Sikapnya yang selalu mengambil berat menyebabkan saya memilih dia menjadi teman istimewa saya. |
|
| 50. | HM | 05/05/2008 | Pelajar pendiam tiada keyakinan diri Oleh Dr Sapora Sipon (340 wds) (Variasi) SOALAN: SAYA seorang pelajar yang pendiam dan pemalu selain kurang yakin dengan diri sendiri. |
|
| 51. | HM | 05/05/2008 | Usim galak siswa tampil anggun Oleh Dr Sapora Sipon (216 wds) (Variasi) BIRO Kebudayaan di bawah Jawatankuasa Kebajikan Siswa, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Nilai, Negeri Sembilan menganjurkan program Penggalakan Ketrampilan Anggun (PEKA 2008), baru- baru ini. Program yang berlangsung di Asrama Kolej Kediaman Nilam Court Nilai itu bertujuan memberi pendedahan kepada mahasiswa mengenai konsep penampilan diri dan personaliti. |
|
| 52. | BH | 28/04/2008 | Politik persepsi pengaruhi fikiran rakyat Oleh Dr Sapora Sipon (564 wds) (Main Section) APABILA Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, memohon maaf berhubung tindakannya menghunus dan mencium keris Panca Warisan pada Perhimpunan Agung Umno 2005 dan 2006, isu politik persepsi yang digembar-gemburkan turut dikaitkan. Dilaporkan segelintir pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap tindakan beliau menghunus dan mencium keris Panca Warisan itu. Peristiwa itu turut didakwa menjadi antara punca yang menjejaskan prestasi BN pada pilihan raya umum lalu. |
|
| 53. | HM | 28/04/2008 | Remaja homoseksual ketagih seks Oleh Dr Sapora Sipon (773 wds) (Variasi) SAYA remaja lelaki berusia 19 tahun. Ketika berumur 11 tahun, satu detik hitam berlaku dan peristiwa itu mencorak tingkah laku buruk saya. Pada usia itu, bapa saudara (adik kepada ayah) mengambil kesempatan mencabul dan meliwat saya. |
|
| 54. | HM | 28/04/2008 | Produk Staedtler untuk Kelab Noris Oleh Dr Sapora Sipon (319 wds) (Variasi) STAEDTLER Marketing Sdn Bhd, anak syarikat Staedtler (Malaysia) Berhad, pemimpin pasaran alat tulis dan pensel warna melancarkan konsep terkini dan rangkaian produk, `Noris Club – The Complete School Companion’. Konsep itu menawarkan kepada murid sekolah rangkaian lengkap dan terbaru kepada ahli kelab untuk memberi hasil yang lebih kreatif dan berkualiti. |
|
| 55. | HM | 21/04/2008 | Pelajar sukar terima hakikat Oleh Dr Sapora Sipon (340 wds) (Variasi) Soalan SAYA tidak pernah menjangka mengalami saat sedih dalam hidup dengan pemergian ibu tersayang dalam usia masih muda dan menuntut dalam tahun pertama di institusi pengajian tinggi. |
|
| 56. | HM | 21/04/2008 | Gadis cemburu gelisah ditinggal kekasih Oleh Dr Sapora Sipon (406 wds) (Variasi) Soalan SAYA kini dibelenggu kesedihan dan gelisah disebabkan sikap cemburu keterlaluan pada A. Sebelum ini, saya dan A berkawan baik dan menjalinkan perhubungan selama sembilan bulan tapi hubungan kami musnah kerana sikap bodoh saya sendiri. |
|
| 57. | BH | 18/04/2008 | Keluarga remaja hidap sakit misteri perlu dibantu Oleh Dr Sapora Sipon (400 wds) (Main Section) MEMBACA kisah sedih adik Azri Azmi, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang terpaksa dikurung dalam kandang berpagar di rumahnya selepas menghidap sejenis penyakit misteri sejak 12 tahun lalu, menusuk hati saya. Kisah Azri juga membuatkan saya terfikir bagaimana keluarganya terpaksa melalui pelbagai dugaan dalam menjaganya. Kisah duka keluarga ini memerlukan perhatian dan bantuan orang ramai. |
|
| 58. | BH | 01/04/2008 | Politik emosi jejas pembangunan negara Oleh Dr Sapora Sipon (426 wds) (Main Section) DALAM politik semua kemungkinan boleh terjadi. Pemimpin hebat boleh kalah melalui suara rakyat dan pemimpin pernah digeruni boleh tersungkur kerana politik. Lantaran, pemimpin perlu matang dalam menghadapi kemungkinan dalam berpolitik. Pemimpin juga perlu menghadapi kritikan rakyat termasuk secara terbuka. Mereka perlu mengaku kesilapan dengan sifat rendah diri luhur dan perlu menerima hakikat apa yang berlaku. |
|
| 59. | BH | 17/03/2008 | Melayu mesti bijak, matang berpolitik Oleh Dr Sapora Sipon (642 wds) (Main Section) PELBAGAI pihak merasai kesan daripada keputusan pilihan raya umum, baru-baru ini. Apa yang membezakannya ialah sama ada kesan yang diterima itu menyedihkan atau menggembirakan. Namun, jangan berasa hairan jika ada rakyat yang langsung tidak teruja dengan apa juga keputusan yang diterima. Keputusan pilihan raya lalu ibarat gelombang yang mengganas tentu sekali mengundang pelbagai reaksi. Reaksi yang terkesan ini amat wajar diurus dengan baik kerana tanpa pengurusan perubahan yang baik, negara boleh terancam. |
|
| 60. | BH | 12/03/2008 | Undi protes punca kalah di tiga kerusi DUN Oleh Ahmad Naim Tahir (884 wds) (Main Section) SIKAMAT, Ampangan dan Paroi – tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dilabel sebagai kawasan majoriti Melayu bagi lokasi pinggir bandar Seremban, ibu negeri kepada Negeri Sembilan kerana jumlah penduduk Melayu yang ramai. Ampangan yang mempunyai 15,286 pemilih berdaftar sudah lama menjadi kubu kuat Umno, manakala Sikamat dengan 15,491 pemilih dan Paroi yang menempatkan 23,060 pemilih pula terbentuk selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya pada 2004 dan turut dikuasai Umno. |
|
| 61. | BH | 03/03/2008 | Laman web Warkah Untuk PM wajar diterus selepas pilihan raya Oleh Dr Sapora Sipon (289 wds) (Main Section) SUARA rakyat yang didengari dan diberi respons positif adalah natijah kepada keberkesanan pemerintahan kerajaan. Sikap prihatin kerajaan dalam mendengar dan prihatin kepada pandangan dan masalah rakyat adalah manifestasi kepada kesungguhannya membela nasib rakyat. Atas kesedaran bahawa suara rakyat wajar diberi perhatian dan rakyat perlu mempunyai saluran untuk berinteraksi dengan kerajaan, laman web interaktif `Warkah Untuk PM’ dilancarkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kelmarin. Laman itu boleh dianggap suara daripada rakyat untuk rakyat, iaitu ia bertindak sebagai saluran untuk rakyat mengemukakan pandangan dan masalah kepada kerajaan berhubung isu semasa. |
|
| 62. | BH | 16/02/2008 | RALK beri perlindungan kepada anak yatim Oleh Dr Sapora Sipon (472 wds) (Main Section) ANAK yatim memerlukan perhatian sewajarnya dalam meneruskan kehidupan sebagaimana dirasai anak yang mempunyai ibu bapa. Penghormatan dan bantuan kepada anak yatim mesti dijaga terutama mereka yang terdiri daripada keluarga susah. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik rumah kaum muslimin ialah rumah yang ada anak yatim yang diasuh dengan baik dan sejahat-jahat rumah kaum muslimin adalah rumah yang ada anak yatim yang selalu diganggu dan disakiti hatinya.” (Hadis riwayat Ibnu Majah) |
|
| 63. | MA | 13/01/2008 | `Cakap besar’ Oleh Norlaila Hamima Jamaluddin (1021 wds) (Main Section) BERDEPAN orang yang suka bermegah atau `cakap besar’ mengenai kelebihan dirinya yang ditokok tambah memang menyakitkan kepala. Hendak ditegur, bimbang dia kecil hati dan melenting, tetapi jika tidak ditegur, telinga kita tidak tahan mendengar ceritanya yang makin menjadi-jadi. |
|
| 64. | BH | 07/01/2008 | Yuran tambahan untuk kepentingan anak Oleh Dr Sapora Sipon (544 wds) (Main Section) SESI persekolahan 2008 dimulai dengan isu yuran tambahan persekolahan yang dianggap membebankan oleh sesetengah pihak. Beberapa bayaran tambahan yang difikirkan tidak munasabah dikenal pasti oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) sudah dikutip pengurusan sekolah sedangkan ia tiada kaitan dengan pembangunan pelajar. Menangani isu ini, Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjelaskan ibu bapa yang benar-benar tidak berkemampuan boleh mengambil balik bayaran tambahan yang sudah dibuat kepada pihak sekolah. |
|
| 65. | BH | 19/12/2007 | Tiga nilai jamin perpaduan rakyat Oleh Dr Sapora Sipon (389 wds) (Main Section) TIGA nilai iaitu keadilan, tanggungjawab dan rasa percaya pada diri sendiri dilihat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai elemen penting dalam menjamin perpaduan dan kemajuan yang berkekalan rakyat Malaysia. Ketiga-tiga nilai ini mengikut beliau lagi adalah faktor kritikal yang diinginkan bukan saja untuk diri, keluarga, malah sebagai warga negara dan juga sebagai manusia. |
|
| 66. | BH | 09/11/2007 | Umno komited majukan bangsa, negara Oleh Dr Sapora Sipon (551 wds) (Main Section) SELEPAS empat tahun memegang jawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, selaku Presiden Umno kini dilihat semakin serius dan komited dalam usaha memajukan bukan saja bangsa Melayu, tetapi negara. Ucapan beliau pada Perhimpunan Agung Umno Ke-58 menyentuh pelbagai isu seperti pencapaian negara setelah 50 tahun merdeka, usaha memartabatkan Islam, peranan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan perkhidmatan awam dan pembangunan koridor ekonomi dalam usaha meneroka potensi baru perlu dihayati dan diterjemahkan oleh ahli Umno dan semua rakyat. |
|
| 67. | BH | 27/10/2007 | Unesco iktiraf pendidikan negara Oleh Dr Sapora Sipon (309 wds) (Main Section) BERITA Malaysia terpilih menduduki kerusi Lembaga Eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa Bersatu (Unesco) dengan undi tertinggi dalam kumpulan Asia Pasifik iaitu 147 pada persidangan agung ke-34 pertubuhan itu membuktikan kecemerlangan Malaysia dalam pendidikan dunia. Malaysia cemerlang dalam dunia pendidikan apabila Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilantik Naib Presiden Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran Asia Tenggara (SEAMEO) pada Mac 2007. Kerusi pengarah SEAMEO kini diterajui rakyat Malaysia. |
|
| 68. | BH | 13/10/2007 | Rai hari raya dengan penuh syukur, insaf Oleh Dr Sapora Sipon (196 wds) (Main Section) AIDILFITRI menjenguk kita sekali lagi. Pada suasana berhari raya, kegembiraan dapat bertemu ibu bapa, sanak saudara dan sahabat perlu disertai dengan rasa kesyukuran dan keinsafan. Tidak semua umat Islam berpeluang menyambut kedatangan Syawal dengan aman damai. Malah, ramai di antara saudara Islam kita di negara lain yang tidak dapat merayakan hari kebesaran Aidilfitri ini dengan tenteram. |
|
| 69. | BH | 01/10/2007 | Tingkat aspek keselamatan soalan peperiksaan Oleh Dr Sapora Sipon (405 wds) (Main Section) PEPERIKSAAN Penilaian Menengah Rendah (PMR) diadakan mulai hari ini hingga 5 Oktober di seluruh negara. Seramai 469,133 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu tahun ini. Kita mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan kepada semua calon, semoga mendapat kejayaan cemerlang tahun ini tanpa diganggu gugat dengan masalah soalan bocor seperti yang heboh diperkatakan selepas Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada awal bulan lalu. |
|
| 70. | BH | 18/09/2007 | Kita berhasil martabat pendidikan Islam Oleh Dr Sapora Sipon (449 wds) (Main Section) SAYA tertarik dengan kenyataan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein agar kita membuktikan bahawa sistem pendidikan negara terutamanya pendidikan Islam mampu melahirkan umat Islam yang berpegang kepada ajaran Islam sebenar, progresif, mementingkan perpaduan serta mengutamakan keamanan dan kesejahteraan rakyat. Pendidikan Islam di negara ini sudah berkembang pesat dan mempunyai kurikulum dan kaedah penilaian dan penafsiran yang kemas dan kukuh. Pelajar lulusan sekolah agama sama ada dari sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA), sekolah agama negeri (SAN), sekolah agama rakyat (SAR) dan sekolah agama swasta (SAS) mempunyai peluang luas untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) yang menawarkan pengajian Islam. Mereka juga berpeluang melanjutkan pelajaran ke luar negara. |
|
| 71. | BH | 17/09/2007 | Hubungan dua negara menerusi pendidikan Oleh Dr Sapora Sipon (374 wds) (Main Section) USAHA mengeratkan hubungan dua hala antara kerajaan Malaysia dan negara lain boleh dilakukan melalui pelbagai cara. Antaranya ialah pendidikan. Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara menggariskan tujuh teras utama dalam melahirkan modal insan untuk menyokong teras Misi Nasional dalam meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi serta memupuk minda kelas pertama. Teras kelima pelan strategik ialah memperkasakan pengantarabangsaan. Matlamat teras ini adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai hab kecemerlangan pengajian tinggi pada peringkat antarabangsa. |
|
| 72. | BH | 15/09/2007 | USIM gedung ilmu teras keislaman, bersepadu Oleh Norliza Abdullah (1443 wds) (Main Section) WARTAWAN Berita Harian, Norliza Abdullah bersama Dr Sapora Sipon (USIM) mewawancara Naib Canselor USIM, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin mengenai universiti itu serta perancangan masa depannya. ? SEJAK bertukar nama daripada Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) kepada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), ramai lepasan sekolah menjadikan USIM sebagai pilihan utama memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA). |
|
| 73. | BH | 06/09/2007 | Fungsi media seimbangi laporan demi perpaduan Oleh Dr Sapora Sipon (1352 wds) (Main Section) “KITA merakamkan tragedi, detik manis, saat gembira, kesedihan negara. Sepanjang tempoh masa itu, kita menerusi perubahan demi perubahan, menyesuaikan diri dengan perubahan masa, cuba sebaik mungkin untuk memberikan yang terbaik kepada pembaca dan Malaysia. “Kita memainkan peranan kita dalam proses pembangunan negara dan seperti rakyat Malaysia lain, kita bangga menjadi sebahagian daripada kejayaan, negara merdeka tanah tumpah darah kita.” Itu antara ungkapan tulisan Timbalan Pengerusi Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP), Datuk Seri Kalimullah Masheerul Hassan tidak berapa lama dulu. |
|
| 74. | BH | 03/09/2007 | Generasi muda mesti pertahan kemerdekaan Oleh Dr Sapora Sipn (475 wds) (Main Section) SARANAN Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada acara Kemuncak Perayaan Raksasa Merdeka sempena ulang tahun 50 tahun kemerdekaan negara di Stadium Merdeka, Jumaat lalu bahawa usaha mengisi kemerdekaan menuntut kepada perjuangan berterusan perlu disambut semua warga Malaysia dengan semangat penuh membara terhadap tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Setiap warga negara perlu menyedari bahawa perjuangan untuk mengisi kemerdekaan tidak mengenal batas waktu dan noktah dalam usaha meningkatkan kualiti hidup dan memakmurkan negara. |
|
| 75. | BH | 01/09/2007 | Semangat warga pendidik makin membara Oleh Sapora Sipon (1011 wds) (Main Section) SEMALAM, kita meraikan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-50. Sudah setengah abad berlalu yang turut menyaksikan pencapaian cemerlang sistem pendidikan terutama sekali pendidikan rendah dan menengah. Sistem pendidikan negara sudah berkembang pesat seiring dengan pembangunan negara. Pelbagai kejayaan ditempuh walaupun turut diiringi oleh pelbagai cabaran. |
|
| 76. | BH | 20/08/2007 | Hayati erti sebenar semangat cinta negara Oleh Dr Sapora Sipon (445 wds) (Main Section) SARANAN Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mahukan semangat patriotisme di kalangan rakyat terus diperkukuhkan bagi membolehkan negara mengisi kemerdekaan dengan mencipta lebih banyak kemajuan dan kejayaan lebih besar pada masa depan, amat relevan dan perlu diberi perhatian setiap rakyat negara ini. Perdana Menteri yang berucap pada Kongres Patriotisme Remaja di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) mahukan semua rakyat tanpa mengira kaum sama-sama berusaha memajukan negara dan mencorakkan masa depan sendiri kerana rakyat negara ini sendiri yang menentukannya, bukan orang lain. |
|
| 77. | BH | 17/07/2007 | Kaunseling agama tangani isu dadah Oleh Sapora Sipon (1034 wds) (Main Section) PENGAKUAN pembantu tadbir bahagian program Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) bahawa daripada tiga terapi yang diterima di Pusat Serenti, terapi kerohanian paling berkesan berbanding terapi fizikal dan emosi seperti disiarkan Berita Harian baru-baru ini, sangat menarik perhatian. Terapi kerohanian dilihat sebagai penting dalam usaha menguatkan semangat di samping mengembalikan keyakinan dan pemikiran rasional penagih yang hilang arah disebabkan masalah ketagihan dadah. |
|
| 78. | BH | 14/07/2007 | Suri rumah kerjaya patut dibanggakan Oleh Sapora Sipon (368 wds) (Main Section) SUMBANGAN suri rumah sepenuh masa kepada pembangunan negara tidak harus dipertikaikan kerana mereka turut membantu menjana sumber manusia yang mencecah berbilion ringgit. Justeru, seperti kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sumbangan mereka dalam mendidik dan membesarkan anak tidak boleh diketepikan. |
|
| 79. | BH | 28/06/2007 | Usim tingkat kualiti pendidikan Islam Oleh Sapora Sipon (1082 wds) (Main Section) UNIVERSITI Sains Islam Malaysia (Usim) yang dulunya dikenali sebagai Kolej Universiti Sains Islam Malaysia (Kuim) ditubuhkan bertujuan meningkatkan kualiti pendidikan Islam di negara ini. Penubuhan Usim berteraskan konsep kesepaduan ilmu naqli dan ilmu akli dalam semua program pengajian ditawarkan. Usim memulakan operasi pentadbirannya di Bangunan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Ia seterusnya berpindah ke kampus sementara Bangunan IPB, Kampung Pandan, Kuala Lumpur enam bulan kemudian. Era kegemilangan Usim sebagai sebuah universiti awam dengan pengambilan pelajar sulungnya seramai 255 orang bermula di sini. |
|
| 80. | BH | 18/06/2007 | Kaunseling di IPT mesti dipermudah Oleh Sapora Sipon (434 wds) (Main Section) MERUJUK kepada masalah kes jenayah pelajar di institusi pengajian tinggi, sama ada di universiti tempatan atau luar negara, memerlukan perhatian seluruh masyarakat. Dalam kehidupan, tanpa mengira siapa, tentu sekali masalah akan datang dan mempengaruhi tingkah laku kita. Amat penting kita berdaya bertindak sewajarnya agar masalah itu tidak akan memberi kesan kepada kehidupan. |
|
| 81. | BH | 13/06/2007 | Hayati kemerdekaan menerusi penulisan Oleh Sapora Sipon (325 wds) (Main Section) SAYA tertarik dengan surat `Roslee Mardan’ dari Universiti Utara Malaysia (UUM) bertajuk `Kempen 50 tahun merdeka tak menyerlah’. Beliau menarik perhatian mengenai kempen kemerdekaan yang dilihat begitu hambar. Saya bersetuju dengan pendapat beliau bahawa keamanan, kestabilan kaum, kemajuan dan kekayaan negara adalah anugerah tidak dimiliki oleh negara serumpun dengan kita. |
|
| 82. | BH | 06/06/2007 | Bahasa Malaysia bukan untuk Melayu saja Oleh Sapora Sipon (518 wds) (Main Section) KABINET telah membuat keputusan menukar istilah bahasa Melayu kepada bahasa Malaysia dengan rasional mahu menjadikan bahasa Malaysia bahasa untuk semua rakyat tanpa mengira keturunan dan etnik. Penggunaan semula istilah bahasa Malaysia juga bertujuan meningkatkan usaha kerajaan mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum. Di samping itu, ia juga menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan secara lebih meluas, mewujudkan integrasi dan perasaan bersatu hati serta perasaan kekitaan. |
|
| 83. | BH | 04/06/2007 | Kakitangan awam digalak menabung Oleh Sapora Sipon (480 wds) (Main Section) YANG di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menasihatkan kakitangan awam yang menerima kenaikan gaji dan pencen mulai Julai supaya meningkatkan tabungan untuk persediaan masa depan. Dalam titah ucapan sempena ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi baginda, Seri Paduka juga berharap tambahan pendapatan itu dapat menyuntik semangat baru seluruh warga perkhidmatan awam dalam menambah kualiti dan meningkatkan produktiviti serta mutu perkhidmatan. Nasihat Seri Paduka kepada kakitangan kerajaan itu amat wajar diberi perhatian kerana menabung adalah amalan mulia. Di negara ini, pelbagai kaedah menabung boleh diaplikasikan mengikut keperluan dan kemampuan pengguna. |
|
| 84. | BH | 01/06/2007 | MAS perlu usaha kekalkan keuntungan Oleh Sapora Sipon (354 wds) (Main Section) KETIKA membaca berita mengenai kejayaan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) mencatat keuntungan bersih RM133 juta yang bukan dijana menerusi aktiviti penjualan aset dan pinjaman kewangan pada suku pertama tahun ini, tentu ramai pembaca berasa gembira. Saya juga berasa kagum kerana kejayaan MAS itu akan meningkatkan imej Malaysia dan membawa kesan positif ke atas industri pelancongan dan sektor berkaitan. |
|
| 85. | BH | 24/05/2007 | Program Susu Sekolah perkara baik Oleh Sapora Sipon (412 wds) (Main Section) KEPENTINGAN susu kepada pembesaran kanak-kanak sememangnya tidak dapat dinafikan. Susu adalah sejenis makanan yang kaya dengan nutrien. Ia adalah sumber vitamin dan mineral yang baik di samping membekalkan protein yang diperlukan untuk pembinaan tisu serta karbohidrat dan lemak yang berfungsi sebagai pembekal tenaga. Kandungan kalsium yang terdapat dalam susu menjadikannya istimewa. |
|
| 86. | BH | 11/05/2007 | Lunas hutang PTPTN bantu pelajar lain lanjut pelajaran Oleh Sapora Sipon (335 wds) (Main Section) DALAM proses pembinaan modal insan kelas pertama, sikap tidak mementingkan diri dan bertanggungjawab adalah penting. Sikap sentiasa memikirkan masa hadapan generasi akan datang berupaya membuatkan individu tidak bertindak mementingkan diri sendiri saja. Sikap tidak mahu membayar hutang pinjaman tentu sekali menjejaskan peluang generasi pelapis untuk melanjutkan pelajaran. Bayaran itu boleh dijadikan modal pusingan untuk generasi pelapis menikmati peluang melanjutkan pelajaran. |
|
| 87. | BH | 30/04/2007 | Belia tidak aktif rugikan negara Oleh Sapora Sipon (455 wds) (Main Section) SAMBUTAN ulang tahun Kemerdekaan Jubli Emas 50 tahun Malaysia yang disambut tahun ini memberi makna amat besar kepada rakyat negara ini kerana kemerdekaan dicapai membawa kepada kesejahteraan dan mutu kehidupan rakyat lebih baik. Menjelang sambutan Jubli Emas ini, setiap pihak perlu berperanan penting dalam memastikan kemerdekaan negara tetap terjamin. Pelbagai mekanisme boleh dilakukan dalam usaha mengisi erti kemerdekaan ini. |
|
| 88. | BH | 11/04/2007 | Usah tambah derita ibu bapa Yin Oleh Sapora Sipon (398 wds) (Main Section) KES Shamsul Ghazali Shamsuddin dan Nor Amizah Ahmad yang kehilangan anak mereka, Mohammad Nazrin atau Yin menunjukkan bahawa sikap prihatin orang ramai amat penting bagi mengurangkan penderitaan hidup mereka. Anak pasangan ini dilaporkan hilang ketika mereka membeli-belah di sebuah kompleks di Kuala Lumpur, 31 Mac lalu. Sejak saat itu, pasangan ini tanpa jemu berusaha mencari anak mereka. Apa yang menyedihkan, ketika mereka berusaha gigih mencari anak, ada pihak sengaja menambahkan derita mereka. |
|
| 89. | BH | 28/03/2007 | Kempen urus kewangan patut dilaksana Oleh Sapora Sipon (448 wds) (Main Section) TABIAT berbelanja kurang berhemah terutama menggunakan kad kredit memang mengundang risiko. Sering kali kita terpengaruh dengan tawaran menarik untuk memiliki kad kredit walaupun gaji kita tidak sebesar mana. |
|
| 90. | BH | 08/02/2007 | Kaunselor bertauliah mesti utama etika Oleh Sapora Sipon (515 wds) (Main Section) MENURUT kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil, pada masa ini negara mempunyai 12,000 kaunselor terlatih dengan harapan dapat membimbing dan memberi nasihat bagi menyelesaikan masalah orang ramai. Bagaimanapun, sehingga 31 Januari lalu, jumlah kaunselor berdaftar dengan Akta Kaunselor Malaysia yang memilih untuk mengamalkan kaunseling secara profesional hanya 525 orang. |
|
| 91. | BH | 02/02/2007 | Keluarga bahagia tak perlu kaunselor Oleh Sapora Sipon (396 wds) (Main Section) PROGRAM `Satu Keluarga Satu Kaunselor’ dijadualkan dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Ahad ini. Program ini dianjurkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kerjasama Majlis Tertinggi Umno. Antara objektif utama program ini ialah memperkasa agenda sosial negara. Umum mengetahui bahawa masalah sosial yang berlaku di kalangan remaja kian meruncing. Jika masalah ini tidak cuba diatasi dengan sebaik mungkin, usaha memperkasa agenda sosial negara tentunya akan menemui jalan sukar. |
|
| 92. | BH | 29/01/2007 | 7 strategi jadikan Malaysia hab pendidikan Oleh Sapora Sipon (702 wds) (Main Section) PELAN Strategik Pemasaran Antarabangsa Pengajian Tinggi 2006-2010 yang dirasmikan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed, minggu lalu adalah satu peristiwa penting dalam dunia pendidikan tinggi negara. Selain dihadiri tokoh penting pendidikan tinggi negara, institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) , apa yang sangat menarik mengenai pelan strategik ini ialah visinya untuk menjadikan Malaysia hab kecemerlangan pendidikan tinggi. |
|
| 93. | BH | 03/01/2007 | Pelajar gagal PMR masih boleh dibentuk Oleh Sapora Sipon (588 wds) (Main Section) KEPUTUSAN Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2006 menyaksikan seramai 524 pelajar atau 0.12 peratus daripada 448,324 calon mendapat semua gred E dalam setiap mata pelajaran diambil. Walaupun angka ini menunjukkan jumlah penurunan daripada tahun lalu, ia sesuatu harus dilakukan bagi membantu pelajar ini untuk meneruskan pelajaran dan seterusnya menyiapkan diri ke alam kehidupan yang penuh dengan cabaran kelak. |
|
| 94. | BH | 28/12/2006 | IPT boleh sedia pasukan urus bencana Oleh Sapora Sipon (486 wds) (Main Section) SESUATU yang nyata dan bersifat realiti ialah bencana dalam apa juga bentuk mendatangkan kesan mendalam kepada fizikal, mental dan emosi seseorang. Lihat sahaja banjir yang melanda Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang yang dikatakan mengakibatkan kemusnahan harta benda, infrastruktur, tanaman dan ternakan. Kemusnahan menjangkau anggaran awal sehingga dikatakan membabitkan lebih daripada RM100 juta, malah turut mengorbankan nyawa manusia. |
|
| 95. | BH | 12/12/2006 | IPTA laksana pembelajaran sepanjang hayat Oleh Sapora Sipon (427 wds) (Main Section) DALAM usaha mewujudkan masyarakat berilmu, Kementerian Pengajian Tinggi terus berusaha bersungguh-sungguh untuk memupuk budaya pembelajaran berterusan menerusi institusi pengajian tinggi awam dan swastanya. Pembelajaran sepanjang hayat, antara lain dapat mewujudkan masyarakat berilmu yang kompetitif dan dinamik pada peringkat global. Di samping itu, ia juga bertujuan mewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan menggalakkan mobiliti di kalangan rakyatnya. |
|
| 96. | BH | 22/11/2006 | IPTA tak jemu pertingkat kualiti graduan Oleh Sapora Sipon (752 wds) (Main Section) ADA yang mendakwa kualiti graduan sekarang tidak cemerlang. Jika benar, di bahu siapa sebenarnya terletak tanggungjawab dalam menentukan mutu graduan yang bakal dikeluarkan oleh institusi pengajian tinggi sama ada awam atau swasta sentiasa kekal tinggi dan dapat memenuhi aspirasi negara. Antara isu yang dibangkitkan dalam Perhimpunan Agung Umno 2006 minggu lalu ialah kualiti kebanyakan graduan institusi pengajian tinggi negara rendah. Selain itu dibangkitkan juga isu graduan menganggur. |
|
| 97. | BH | 11/09/2006 | KUIM anjur seminar (124 wds) (Ekonomi) NILAI: SEBANYAK 60 kertas kerja berkaitan syariah dan undang-undang awam akan dibentangkan pada Seminar Syariah dan Undang-Undang Awam 2006 anjuran Fakulti Syariah dan Undang-Undang Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM), minggu depan. |
|
| 98. | BH | 03/02/2006 | KUIM lancar Hari Bertemu Pelanggan 8 Februari (208 wds) (Ekonomi) KOLEJ Universiti Islam Malaysia (KUIM) mempelawa orang ramai khususnya lepasan sekolah untuk menghadiri program Hari Bertemu Pelanggan dan One-Stop Centre, pada 8 Februari ini. Pelancaran program berkenaan yang akan diadakan di Bangunan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Kampus KUIM, Bandar Baru Nilai itu adalah antara usaha |
|
Artikel-artikel Yang DiTerbitkan Di Berita Harian
September 15, 2008 by saporasipon